Mahathir quits Umno

Title dalam omputeh…tp aku nak tulis dalam bahasa melayu..nampak lg stim..hehe…so Che Det confirm dah kuar Umno…aku nak tulis awal lg…tp malas la plak..mood xde…nak2 aku baru je bgn tido time dpt berita..dah tengah hari jalang baru bangun tido…mentang2 la hari ni cuti umum…

Cerita pasal cuti umum, time cuti umum yg lepas, hari pekerja ada surprise..hari ni cuti umum..ada lagi surprise. Tun Dr Mahathir @ Che Det, ahli Umno seumur hidup dengan nombor ahli Umno 000000001 (berapa banyak kosong daaaaa) telah keluar dr Umno. Yang no 0000000002 tuh Datin Seri Hasmah @ Kak Mah. Tapi Che Det kuar Umno ni bersyarat…dia keluar selagi Pak Lah tak letak jawatan…lepas Pak Lah letak jawatan..dia masuk balik Umno…ala2 automatik gitu….

IC mahathir pon ada

Tapi sape yg kisah Che Det ni kuar Umno? Aku pon xtahu. Yg aku tahu aku xkisah pasal aku bukan Umno. Aku pon xde dok masuk parti politik memana. Bg aku, politik ni kotor dan penuh muslihat. Tp aku still suka observe dan buat penilaian aku sendiri pasal politik ni. Benda2 politik ni membuatkan aku byk berpikir dan speculate, cari reason, predict outcome dan muhasabah diri…cewwaahhh…apa yg aku rasa betul pasal politik aku ikut, apa yg aku rasa salah…aku buang jejauh…nanti bila aku rajin dan ada masa terluang..aku akan citer pasal negara islam dan islam had-hari plak

Berbalik kepada berita tergempar hari ni…Che Det jugak mintak ahli2 Umno yang lain kuar parti seperti yang dia buat. Aku ingat orang pertama yang akan sahut cabaran dia tuh Kak Mah selaku ahli Umno seumur hidup yang kedua (dan juga teman sehidup semati Che Det)..tapi ruper nyer dia xkuar Umno plak…takkan la dan2 time Che Det bg ucapan kat Kedah tuh..dia terlintas idea ni…tros dia kuar Umno…takkan la dia xdak sound Kak Mah kot? Hehe…ni pon points to ponder nii…

Menurut The Star, Sanusi Junid pon dah kuar dr Umno dah tapi ada percanggahan sket. The Star kata Sanusi kuar ari Isnin jugak tp Rocky Bru kata dia dah kuar sebelum hari sebelum Che Det kuar lagi..Mana satu btol ni?

Aku sempat tengok berita kat NTV7 tadi. Dia confirmkan Sanusi Junid kuar dr Umno. Tup2 dia leh lak tanya Kuli kot2 dia nak kuar Umno gak. Confirm la Kuli xnak kuar. Dah nama nak bertanding Presiden Umno, dia nak kuar parti Umno aper nyer. Lain la kalau dia kuar Umno n resurrect balik Semangat 46 tuh..aper daaaa…diorang ni xde soalan lain lg ke nak tanya kat Kuli tuh…

Panjang benor dah aku menulis ni.Kang tulis pepanjang penat plak orang nak baca kan? Kesimpulan nyer..kita tengok jer la berapa ramai lagi yang kuar. Stakat ni dah ada 3,4 orang yang menyatakan dengan terbuka kuar time aku usha kuda-kepang tadi. Papehal pon, kita tunggu jer la dan lihat apa akan jadi.

Sebelom aku mengakhiri post aku kali ni…aku nak ajak korang pegi usha mat saman kati nyer blog. byk info2 cantek ada kat sana…hehe…korang jangan terkejut plak nanti…dan jangan percaya 100% gak..kang takut korang taksub ngan info2 dari dia kang…huru hara malaysia kita nii….latest post dia..dia kata Anwar Ibrahim nak bertanding kat Gombak. Kalau dengan izin Allah dia menang n dapat kontrol Malaysia, Khalid Ibrahim jd Timbalan Perdana Menteri dan Azmin ganti dia jd Menteri Besar Selangor. Korang x caya..meh tgk blog dia plak

Links