Networking Issue

MK dari Sembang Komputer ada menghantar persoalan kepada aku pasal 2 problem ngan user yang ada D-Link wireless router. Berdasarkan pengalaman yang aku ada, aku akan cuba menjawab persoalan ni dengan sebaik mungkin.

Dari Zariel >

“sy menggunakan router jenis D-Link model DI-524 (AirPlus G 802.11g/2.4Ghz wireless router) dan tiada masalah menggunakannya…cuma sy nak tukar nama utk wireless (SSID) router tu dari ‘default’ ke nama yg sy nak. masalahnya sekarang ni…dlm manual yg diberi…suruh taip ‘http://192.168.0.1’ kat ruangan URL kat browser….tp x dapat lak…cmna nak buat ye?”

Antara perkara yang anda boleh buat dalam menangani masalah ini adalah membuat check list kepada perkara2 yang anda telah lakukan kepada router tersebut. Dengan mengandaikan anda menggunakan Windows XP,

  • pergi ke Start > Run dan taip “cmd” dan tekan enter. Windows baru akan keluar dan masukkan command “ipconfig /all”. Anda akan mendapat IP address anda.
  • Daripada IP address anda tersebut, sekiranya anda mendapat IP address yang berlainan dengan apa yang dicadangkan dengan IP 192.168.0.1, ini bermakna anda telah mengubah IP router tersebut.
  • Sebagai contoh, dari arahan “ipconfig /all”, anda mendapati IP anda 192.168.1.10 dan gateway anda adalah 192.168.1.1, masukkan IP 192.168.1.1 ke dalam browser anda. Walau apa pun IP address yang anda dapat, kebiasaannya IP address router anda akan diletakkan sebagai gateway dalam “ipconfig /all” anda.
  • Perkara seterusnya seperti login masuk ke dalam router dan menukar SSID pada wireless router anda boleh dilakukan dengan berpandukan manual, tetapi sekiranya masih bermasalah, anda boleh menghantar komen anda untuk troubleshooting seterusnya dan anda boleh reset router anda kepada default settings di mana tidak saya galakkan kerana mungkin boleh merosakkan router anda jika terlalu kerap direset.

Daripada “ahmad azla” <sitixxxxxxmuda@yahoo.com.my>

Saya nak buat setup router dan ada wireless router Dlink Dir 300. Wireless tak ada masalah saya boleh buat dan boleh digunakan tapi guna kabel Lan saya tak dapat dapat buat sambungan internet. Minta tolong tunjuk cara setup router guna kabel Lan

Saya dah merujuk kepada manual Dlink DIR 300 sebab saya memang tak pernah dengar model ini atau yang seumpamanya. Selepas merujuk kepada manual dan permasalahan saudara, berikut adalah perkara yang saudara boleh lakukan. Dengan andaian saudara menggunakan Windows XP :

  • Periksa sama ada sambungan kabel ke router adalah sempurna dan menggunakan straight cable dan bukannya cross cable.
  • Check sama ada interface LAN dimatikan(disabled). Jika dimatikan, sila enablekan kembali connection LAN tersebut. Pastikan lampu LED di belakang network card dan di router tersebut menyala.
  • Gunakan command “ipconfig /all” untuk melihat IP address untuk connection wired tersebut. (sila rujuk soalan pertama). Pastikan ia IP untuk connection wired dan bukan wireless. Sekiranya tiada IP untuk connection wired, pastikan anda telah enablekan DHCP pada connection wired tersebut.
  • Masuk ke web-based administration router tersebut. Sekiranya gagal menggunakan wired connection, anda sepatutnya boleh masuk menggunakan wireless connection.
  • Pergi ke tab Setup dan tengok di sebelah kiri ada LAN Setup. Pilih option LAN setup.
  • Sepatutnya anda akan dapat melihat router IP address, abaikan IP tersebut sekiranya wireless berjalan dengan baik tetapi pastikan network mask adalah 255.255.255.0 kerana ini yang biasa digunakan.
  • Benda yang perlu diberi perhatian adalah option enable DHCP server. Pastikan anda memilih option tersebut. Option local domain name boleh dikosongkan and enablekan option “Enable DNS Relay”.
  • Seterusnya beralih kepada DHCP IP Address Range. Berdasarkan netmask 255.255.255.0, anda boleh meletakkan nilai 1 hingga 254 tetapi kebiasaannya 1 dan 254 digunakan oleh router, so anda boleh meletakkan dari angka 2 hingga 253. Tentukan DHCP lease time sesedap rasa anda. Abaikan DHCP Reservation kerana itu tidak penting.
  • Seterusnya, anda boleh mematikan wireless connection dan cuba dengan wired connection. Right click di atas icon wired connection di sebelah kanan bawah Windows dan pilih repair. Ia akan cuba mendapatkan IP address baru untuk wired connection saudara dan setelah selesai, saudara sepatutnya akan mendapat IP address baru dan boleh menggunakan wired connection.

Dengan mengambil kira permasalahan anda dan maklumat yang diberikan, saya rasa penerangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam masalah saudara-saudara. Namun begitu, sekiranya langkah-langkah di atas tidak menjadi, maklumat lain diperlukan untuk menyelesaikan masalah anda. Sebarang komen, boleh dihantar kepada email MK atau di ruangan komen.

Links