Spekulasi : Apa cerita kes Altantuya?

Altantuya

Makin lama makin senyap kes Altantuya nii..dulu awal2 mmg frontpage …lepas tuh masuk page 2 tp ada skt kt front page..makin lama makin ke belakang…last2 aku pon dh x ingat page keberapa dah pasal aku mmg dh lama xbeli paper..just baca online jer..

Nak dijadikan cerita…aku terbaca la plak berita ni smalam…just xde masa nak tulis jer…meh kita tgk apa Utusan Meloya cakap dulu…

SHAH ALAM 11 Jun – Tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri menafikan sekeras-kerasnya keterangan Cif Inspektor Koh Fei Cheow, 38, (saksi pendakwa ke-20) bahawa dia telah menunjukkan tempat kejadian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh dan diletupkan.

Dalam keterangan bersumpah daripada kandang saksi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Azilah, 32, juga menyatakan dia tidak pernah sama sekali memberi sebarang maklumat kepada pegawai Cawangan Soal Siasat (D6) Bukit Aman, Deputi Supritendan Polis (DSP) Zainudin Abdul Samad pada pukul 4 petang, 6 November 2006 apatah lagi menunjukkan tempat kejadian yang dimaksudkan secara agak- agak.

Sikit2 cukup la….nanti Utusan Meloya saman aku plak pasal diorang xleh cari makan lak nanti…nak baca penuh baca kat sini….:???:

Apa yang menarik nyer potongan berita kat atas tuh…pertama2 sekali aku nak mintak maaf pasal aku memang xpernah belajar law secara formal..aku dok tgk cerita jer banyak so blaja dari movie jer..sesapa lawyer bertuah baca blog aku..bleh la tlg2 komen ok?

Anyway, ape aku nak cerita nyer…kalau xsilap aku…court skang ni semua byk berpandukan fakta dan pengakuan bersumpah..so skang ni bila si A kata hitam atas satu objek tp si B lak kata objek ni putih..so itu dikatakan percanggahan fakta…dan percanggahan fakta ni boleh membawa pengguran kes…

So dalam kes ni..skang ni si CF Koh cakap si Azilah ni tunjuk tempat kejadian tp si Azilah plak bersumpah kata dia xpernah tunjuk tempat kejadian Altantuya ni dibunuh…so kat sini dah ada percanggahan fakta. Sebab pengakuan bersumpah memang amat diambil berat. Teringat aku citer Stephen Chow tajuk dia Lawyer lawyer. Sinopsis kisah nyer…mamat ni seorang lawyer yang kuat loyar buruk. Aku xnak citer pasal citer tuh..korang pepandai la cari sendiri ..yg penting memang lawak :up:

Berbalik kepada kisah perbicaraan Altantuya ni…sekarang ni percanggahan fakta sudah ada…kekurang bukti pendakwaan mmg banyak la sangat…aku malas nak citer balik pasal no plet kereta x kereta si Azilah tuh pakai…tp cukup la aku komen setakat berita Utusan Meloya tuh…

Sebenarnya benda ni dah lama member aku predict..dia kata percanggahan fakta akan berlaku dalam kes Altantuya. So skang ni perlahan2 aku nampak dah dia punya rasional. Dia jugak pernah bagi dia punya verdict. Dia kata kesudahan kes ni…kemungkinan besar tertuduh2 dari UTK hanya akan kena penjara. Reason, menyalahgunakan senjata and shit like that…dan Razak Baginda akan bebas kerana xada bukti mengaitkan dia dengan kes Altantuya..mari kita sama2 tunggu apa kesudahan nyer… :neutral:

Links