Orang tua yang bersinglet…

Hari ni aku nak berceloteh dalam bahasa ibunda aku. Bukan aku nak kecek kelate tp cukup la sekadar aku berbicara dalam bahasa Melayu biasa ( xde la nak baku sangat kan?). Entry ni aku tujukan khas kepada Syam di atas entry ko yang bertajuk “Jimat, Bazir dan Keperluan. Apa Yang Aku Boleh Ajar Kau?”

Aku bukan nyer pandai nak berbicara seperti Syam tapi aku hanya nak bercerita tentang satu kisah yang aku pernah dengar dulu, tapi ia terlahir selepas aku membaca entry dan komen kat blog Syam. Ni aku nak bercerita tentang seorang pak tua yang hidup sederhana walaupon dia kaya raya. Meh aku mulakan cerita aku yang aku pon dah ingat2 lupa….

Arakakian sahibul hikayat, tersebutlah kisah seorang tua nama dia Pak Ali (nama sebenar aku dh lupa). Dia ni seorang bekas guru yang mengusahakan pusat tuisyen terkemuka kat Kota Bharu ( nama pusat tuisyen pon aku dah lupa, tp memang femes). So leh dikatakan duit untung bersih dari membuka pusat tuisyen adalah beratus2 ribu setiap bulan lepas tolak aper yang patut.

Kehidupan dia dulu memang sederhana dan leh dikatakan sempoi yang amat sangat. Pagi pegi mengajar kat sekolah, pakai smart dan hensem sebagai mana seorang pendidik bangsa patut tunjukkan tapi tidaklah keterlaluan. Mungkin juga kerana dia berasal dari keluarga yang daif dulu mengajar hidup untuk berdikari dan berjimat cermat.

Punya kereta sendiri walaupon buruk tp lebih suka menggunakan basikal untuk melepak di kedai kopi bersama rakan2 sebaya pada waktu petang. Attire time tuh plak memang lg sempoi, cukup sekadar pakai kain pelikat dan singlet. Yer la..budak kampung mana leh lari dari pakaian camni.

Walaupon dia berpuas hati ngan hidup dia, cukup makan minum dan tidak merana untuk menanggung anak isteri, dia tidaklah berpuas hati dengan apa yang ada. Malah dia mengorak langkah untuk membuka pusat tuisyen yang akhirnya membawa pulangan yang berlipat kali ganda.

Atas kejayaan itu, isteri beliau dapat merasa barang-barang kemas yang diidamkan selama ni. Anak perempuan dapat bergaya ngan baju-baju mahal, anak lelaki lak dapat kereta Honda Civic baru atas kesungguhan dia belajar dan dapat masuk universiti. Rumah dah diubahsuai dan lebih selesa. Satu keluarga leh gi makan makanan mahal-mahal kat KFC, McDonalds, Pizza Hut dan sebagainya.

Apa kisah pak tua ni plak? Beliau tetap sama dengan rutin beliau seperti dulu. Kalau dulu pagi pegi sekolah, skang ni dok rumah jer. Belah malam jer pegi jenguk pusat tuisyen jap. Hobi sebelah petang, masih melepak kat kedai kopi gak. Pakaian sama jer style nyer, singlet dan kain pelikat. Kenderaan pun sama jugak. Selalu nyer dengan basikal tua dia, kekadang kalau hujan tuh…dia bawak kereta buruk dia. Tak pernah pon dia melaram ngan kereta Honda Civic baru anak dia tuh walaupun tuh kira dibeli ngan duit dia jugak.

Lama-kelamaan, kawan2 kat kedai kopi dia melepak pon musykil la. Kenapa la mamat ni masih sama cam dulu. Takde nak berubah sikit pon dari gaya pemakaian sampai la kepada kenderaan. Semua tetap sama seperti dulu. Maka nak dijadikan cerita, bertanyalah tuan kedai kopi tuh, Pak Amat pada suatu petang yang hening pada Pak Ali ni, dek kehairaaan yang amat sangat.

Pak Amat : Aku pelik la tengok ko ni…nak kaya xde duit..duit berlambak-lambak…umah pon besar… (Pak Ali berhenti untuk melihat response dari Pak Ali)

Pak Ali : (masih xberkata apa2..dok hidup kopi panas Pak Amat baru hantar)

Pak Amat : Ko dah ada haji dah…pegi umrah pon dah dua kali dah ….Umah pon dah elok sangat besar nyer..cukup untuk anak menantu duduk sekali dah…

Pak Ali : ( terus mendiamkan diri sambil menyambung minum air kopi)

Pak Amat : Tengok anak2 ko tuh haaaa…yang pompuan dah ada barang kemas banyak..baju pon cantik2..ada keta Honda baru…bukan duit diorang pon..duit ko jugak..apa la salah nyer ko pegi ganti kereta buruk ko tuh….xpon beli motorsikal baru ke sebijik…ko bukan xde duit pon haaaa…duit berkepuk2…berguni kat umah tuh haaaaa….

Akhirnya Pak Ali bersuara…

Pak Ali : Biar la Mat…bukan nyer ko xtahu asal usul aku…diorang tuh anak orang kaya..biar la diorang merasa hidup cam anak orang kaya….aku anak orang miskin…aku dah biasa hidup cara miskin ni haaaaaaa….

Pak Ali pon bangun, letak RM2 ringgit duit air kopi dan pulang dengan mengayuh basikal tua dia….

Moral of the story : Korang buat la rumusan korang sendiri. Nanti letak kat comment box..haha…aku pon xtahu ape moral of the story…. :grin:

p/s : cerita ni berdasarkan kisah benar..just aku dh lupa sape watak sebenarnya..tp yang aku nak highlightkan…ayat dia yang last skali tuh…tuh memang quote asal dia…yg atas2 tuh ditokok tambah bagi nampak cam cerpen sket… :razz:

Links