Selamat Hari Raya, ingatlah orang tersayang !
Filed under: berceloteh, malaysia today, my life, pictures
Bila menjelang raya ni, mesti kita teringat kat orang-orang yang kita sayang. Rasa tak sabar jer nak jumpa mak, abah, adik-adik aku dekat2 nak raya ni. Sorang adik aku, confirm aku xleh jumpa dah pasal dia belajar kat US. Tak cukup duit nak balik beraya tahun ni. Sedih nyer. Tak dilupakan jugak sedara-sedara aku yang lain, seperti mat shah yang comel tapi nakal seperti sin chan. Juga rakan-rakan sepermainan aku time kecik2 dulu seperti khairi, joned, schadzwan, mat dan lain-lain lagi.
Tapi bila kita pergi balik kampung untuk pulang berjumpa orang tersayang, ada jugak orang tersayang kita terpaksa tinggalkan atau berjauhan. Sudah pasti aku terpaksa berjauhan dengan callister sebab dia balik kampung dia kat Ipoh, kawan-kawan aku yang ada kat sini terutama budak-budak opis yang tak boleh balik cuti sebab kena kije time raya, 2 orang budak comel kat area condo aku ni, Adam dan Haris.
TAG : Kisah aku zaman dulu kala
Filed under: Today's World, berceloteh, malaysia today, my life
Disebabkan aku dah lama tak update blog sebab kesuntukan menjadi hamba abdi untuk duit, maka aku menggunakan time aku yang ciput ni untuk menjawab tag dari aeopama dan bongkersz serta desakan dari nikillas yang nak aku update blog. Aku tak tahu berapa ramai yang tag aku ni, tapi seingat aku syam & bong jer la yang tag aku. Terima la kisah dan kehidupan silam aku untuk tatapan semua.
5 habit buruk aku di masa sekolah
1. Aku suka mengenakan orang time skolah dulu. April Fool adalah satu hari official di mana aku merasakan segala gejala pedajal aku dimaafkan secara automatik…kira nyer xyah mtk maaf kat rakan2 time raya. Aku bg satu contoh la betapa kejam nyer aku zaman dulu. Aku dan rakan-rakan lain sanggup angkat katil dengan orang tengah tido kat atas nyer, letak kat tengah tennis court. Tak cukup ngan katil+orang, kitorang angkut skali ngan locker dia skali. Bayangkan la camana orang tuh bangun tido tengok dia kat tengah tennis court, bukan kat dalam dorm dah.
2. Penyakit tido memang menular start dari Form 1 lagi. Mungkin sebab aku dan rakan-rakan lain banyak kena ragging tengah malam buta sampai 3,4 jam. Tapi yang pelik nyer, hari2 yang takde ragging pon sama jugak. Tido jugak. hehe
3. Sikap pemalas aku mula menjadi bila aku masuk sekolah asrama ni. Entah kenapa jadi camni, aku pon xtahu. Pemalas aku ni dalam study jer, buat benda2 jahat memang laju jer.Lebih2 lagi bila aku start masuk form 4. Ponteng kelas memang tak ada tp kerja rumah memang jarang aku wat sendiri, tiru orang jer pandai. Hehe.
4. Boros. Start form 4, aku mula kerap main game computer dan surf internet. So, secara automatik nyer perbelanjaan aku meningkat time tuh. Ramai member aku addict main computer game sampai ada yang sanggup fly tetiap hari main game smp tahap kije kat cyber cafe tuh siap. Kalau time form 1 dulu mak aku risau aku tak guna duit, time ni mak aku dah risau aku banyak sangat guna duit !
5. Motto aku dulu, peraturan sekolah dibuat memang untuk dipermainkan. Bukan setakat peraturan sekolah, undang-undang sejagat pon aku langgar gak. Kalau takat fly tuh, aku xde la dikatakan pakar atau kerap tapi aku fly sebab ada keperluan. Lepak cyber cafe main game bukan satu keperluan. Keperluan di sini adalah seperti pegi makan time lapar. Aku ada pegangan dulu, aku cakap kat mak aku awal-awal, aku mintak izin dia nak panjat pagar siap untuk gi makan, kira mintak restu la. Hasil nyer, aku tak pernah kantoi fly. Tapi aku pernah kantoi ngan warden pasal berjaga malam nak tengok Champion’s League, Bayern Munich VS Real Madrid time tuh. Terpaksa la aku lepak ngan Samchit (nama warden tuh) kira bintang kat tepi jalan.


