Selamat Hari Raya, ingatlah orang tersayang !

Bila menjelang raya ni, mesti kita teringat kat orang-orang yang kita sayang. Rasa tak sabar jer nak jumpa mak, abah, adik-adik aku dekat2 nak raya ni. Sorang adik aku, confirm aku xleh jumpa dah pasal dia belajar kat US. Tak cukup duit nak balik beraya tahun ni. Sedih nyer. Tak dilupakan jugak sedara-sedara aku yang lain, seperti mat shah yang comel tapi nakal seperti sin chan. Juga rakan-rakan sepermainan aku time kecik2 dulu seperti khairi, joned, schadzwan, mat dan lain-lain lagi.

shah3

Tapi bila kita pergi balik kampung untuk pulang berjumpa orang tersayang, ada jugak orang tersayang kita terpaksa tinggalkan atau berjauhan. Sudah pasti aku terpaksa berjauhan dengan callister sebab dia balik kampung dia kat Ipoh, kawan-kawan aku yang ada kat sini terutama budak-budak opis yang tak boleh balik cuti sebab kena kije time raya, 2 orang budak comel kat area condo aku ni, Adam dan Haris.

haris

adam

Juga tidak dilupakan rakan-rakan di alam maya, seperti Syam, megat, nono, nikillas, lochoe, odin, MK, bongkersz dan juga lain-lain yang aku kenal kat internet. Banyak sangat beb nak listkan dan juga pembaca setia blog aku ni ! Terima kasih diucapkan kepada mereka. Kalau nak duit raya, sila support advertising kat blog aku ni. Kalau mantap, tahun depan aku bagi duit raya :lol:

Dan dalam kita ghairah menyambut raya, jangan kita lupakan orang-orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Orang-orang miskin, orang jauh di perantauan, saudara-saudara baru memeluk Islam dan anak-anak yatim. Bercakap pasal anak yatim, aku ada 2 rakan yang kehilangan ayah tercinta. Tata telah kehilangan ayah sejak dari kecil dan sorang lagi member opis aku yang baru kehilangan ayah tercinta 2 tahun lepas iaitu Wan Zulhamli atau nama femes dia Wak Ju.

Ikutilah entry mereka di bawah ini, confirm korang akan merasa sayu bila baca blog diorang ni. Aku amat cadangkan ko baca blog mereka dan berikan sokongan kau pada mereka.

Tata : Abah
Wak Ju : Dadโ€™s Old Camera

Bila aku baca blog diorang, aku rasa insaf pasal aku ada abah lg walaupon abah aku perangai dia agak kureng sket dan dah bercerai ngan mak aku. Jadi cadang2 nyer nak gi beraya kat umah abah aku dan belikan baju baru untuk dia, yang mahal2 sket..sekali sekala raya beb ! Mak aku punya share, lain cerita. Bertambah kopak dengan adik2 aku yg confirm nak pow duit abang dia yang dah bekerja ni. :cry:

Akhir kata dari aku, selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Semoga perjalanan korang selamat sampai dan dapat bergembira di kalangan orang-orang tersayang ! :lol:

p/s : tetiba terasa sayu lak dekat2 raya ni :cry:

p/s lagi : kepada Odin yg nak gambar full size gathering negaraku!, aku dah upload. leh amik kat sini yerโ€ฆ :up:

  • Yam…terima kasih sbb sudi taruk nama siap kasi link lg ke website aku. Terharu siot2 nak2 raya ni…sob sob sob. Selamat hari raya Yam..maaf zahir dan Batin. Jemput datang rumah aku kat Tanah Merah. Aku ade sampai saya ke tujuh kot..hehe.

  • aku komen duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

    lochoes last blog post..aeropama.com menghina blogspot | adakah patut dikenakan ISA?

  • walaupun terpaksa meninggalkan orang tersayang, semoga dapat bersabar la ye life4hire, bukannya setahun, 2-3 hari je.. lagipun x muhrim lagi, x baik jumpa lama2.. har har harrrram..

    pasal cerita sedih TATA dan wak ju, aku cuma mampu berkata, bersabar, apa yang datang pasti akan pergi, selagi ada nyawa, penuhi tanggungjawab yang ada, anyway, aku xkan baca posting sedih kerana i’m sorry, will not love to read/watch/hear sad story, cause i wish my life is always cheerful instead i know we still rolling like gasing kan..

    bagus tindakan ko life4hire.. semoga raya ko tahun ni cukup meriah, gembira dan sexy.. jumpa lagi jika ada kesempatan masa… man jadda wajadda wa man zaro’a hasada…

    lochoes last blog post..aeropama.com menghina blogspot | adakah patut dikenakan ISA?

  • raya tahun ni adalah raya pertama tanpa arwah mak aku.. rasa lain je..

  • ala jelesnye pcik balik jumpa mat shah.. โžก
    kim slm peluk cium kat dia ek..
    kata kat dia, k.sae kim slm.. ๐Ÿ™‚

    n jgn lupa kim slm kat ma n adik2 mcik yg lain 2 skali..
    ape2 pun,esok bw keter elok2 k..
    i’m gonna miss u.. ๐Ÿ˜ณ

  • Pingback: fark.my()

  • Pingback: negaraku.net()

  • Salam raya jugak!.. berhati-hatilah ketika balik kampung.. nyawa anda hanya ada satu.. xleh nak Replay mcm dalam game ๐Ÿ™

    smaelz83s last blog post..Aidilfitri Card for You (Rob from someone)

  • t.a.t.a

    terima kasih sebab link kan post tu kat sini. harap nya bila mereka baca kisah tu mereka boleh lebih menghargai mak ngan abah mereka selagi ada. sebusukยฒ mereka, mereka tetap ibubapa kita. kita tak berhak nak hukum mereka atas apa yg mereka telah lakukan. biar Yang Kat Atas yang uruskan mereka. apa pun selamat hari raya semua. semoga syawal ini adalah syawal yg lebih baik dari sebelumnya.

  • sib baik nama aku takde dalam ucapan ko. kalau x, memang kena bagi angpow la. hahaha.

  • alhamdulillah ingat lagi kau kat aku ya eheh. sukran (terima kasih) backlink.

    aku pun pohon keampunan jika ada salah dan silap bahasa aku. ya lah mana tau beoleh terkecil hati pula eheh.
    apa pun bagi aku raya tahun ni amat malang, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya huhu.

  • salam raya ya ! safe journey balik kampung
    weeeeehheeee yeay! raya…hehe ๐Ÿ™‚

  • life4hire,
    maaf if dah lama tak singgah ke your blog. i just arrived kat miri yesterday. all these while i didnt have a quality opportunity nak online since i have a lot of stuffs need to diselesaikan, and my streamyx especially the wifi baru je okay today.. sigh.

    selamat hari raya to you and callister (hey babe, i really hope you’ll read my wishes to both of you here ๐Ÿ˜‰ ).
    wishing you guys to have a blast eid mubarak this year. didnt expect to know you guys and befriend(ed) with you guys. you two memang rocks sgt2! and you guys MUST know that.. ๐Ÿ™‚ although kita tak ada kesempatan nak berjumpa lagi.

    lastly, maaf zahir batin from me.
    *hugs* (callister je.. )

    LOL

    nonos last blog post..this entry has no title ๐Ÿ˜› ๐Ÿ˜› ๐Ÿ˜›

  • ketika aku menulis komen ini, aku jangkakan kau sudah pun memasuki negeri kelahiran kau kelantan. ingat beb! berhati-hati memandu. jangan gopoh gapah. tak lari kampung kau tu.

    ps: aku pun akan kopak juga di hari raya. maklumlah aku ni la satu-satunya abang yang sudah bekerja. pasti jadi mangsa adik-adik. nak buat macam mana? aku kan abang… woot! :mrgreen:

  • Hi there! I’ll be busy with kid next week coz it’s China’s National Holiday (last “golden week” of the year) but just wanted to wish you Selamat Hari Raya ๐Ÿ™‚

    Please, please, please eat all the rendang, nasi himpit, ketupat, bahulu, satay, serunding, cookies, kuih (esp kuih keria!) you can LOL

    P/S The Xinjiang and Chinghai people around my area are “puasa-ing” too and interestingly, I found out that their Hari Raya will be Oct 30 and 1 respectively.

    Enjoy yourself!!!

    KittyCats last blog post..Presents to and from China

  • selamat hari raya maaf zahir batin dari kak jie
    hariยฒ di dalam kesesakkan jalan raya..hiks!
    Baiknya hati…didoakan moga adik2 ko akan kenang budi baik tu

  • Akhir kata .. ingatlah callister tersayang .. hik hik ..
    x g rayer umah callister ker ?

    btw .. selamat hari raya bro .. maaf zahir batin ..

  • Salam aidilfitri dan maaf zahir.. Semoga ramadhan lebih bermakna bersama keluarga dan orang yang tersayang–> callister ๐Ÿ™‚

  • Selamat hari raya…….. ๐Ÿ˜Ž

  • asx

    harap masih ada yang sayang .

    asxs last blog post..Tak salah untuk rasa bersalah .

  • erm..selamat hari raya beb..ya aku sentiasa ingat insan tersayang. ๐Ÿ˜†

    catzers last blog post..Duit di Bulan Puasa dan Raya

  • Selamat Balik kampung dan Berhari Raya ๐Ÿ˜ฅ ๐Ÿ˜†

  • salam Aidil Fitri and maaf zahir batin!

  • MK

    selamat hari raya aidilfitri yam.. aku ni tak la kenal ramai sangat orang kat internet, tapi ko memang di antara orang yang paling sempoi.. dan berhati baekk.. take care. semoga selamat sampai ke kampung, dan selamat pulang kembali..

  • aku dh sampai umah dah beb…dah jugak aku ada internet kt umah ni..so aku selalu jenguk SK n forum SK..malas nak tinggal comment jer…cukup la aku baca RSS n aktif dalam forum SK tuh… ๐Ÿ˜†

  • ohoho… slamat hari raya…

  • Selamat Hari Raya…Mak seh sebab melawat…sy dah subscribe RSS dah…hehe thanks….selamat berkenalan

  • comel betul kanak2 tersebut. uhu ๐Ÿ˜ฎ

    btw, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat life4hire ๐Ÿ˜†

    pandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang ๐Ÿ˜›

  • byk giler komen
    jels aku

Links