TAG : Kisah aku zaman dulu kala

Disebabkan aku dah lama tak update blog sebab kesuntukan menjadi hamba abdi untuk duit, maka aku menggunakan time aku yang ciput ni untuk menjawab tag dari aeopama dan bongkersz serta desakan dari nikillas yang nak aku update blog. Aku tak tahu berapa ramai yang tag aku ni, tapi seingat aku syam & bong jer la yang tag aku. Terima la kisah dan kehidupan silam aku untuk tatapan semua.

5 habit buruk aku di masa sekolah

1. Aku suka mengenakan orang time skolah dulu. April Fool adalah satu hari official di mana aku merasakan segala gejala pedajal aku dimaafkan secara automatik…kira nyer xyah mtk maaf kat rakan2 time raya. Aku bg satu contoh la betapa kejam nyer aku zaman dulu. Aku dan rakan-rakan lain sanggup angkat katil dengan orang tengah tido kat atas nyer, letak kat tengah tennis court. Tak cukup ngan katil+orang, kitorang angkut skali ngan locker dia skali. Bayangkan la camana orang tuh bangun tido tengok dia kat tengah tennis court, bukan kat dalam dorm dah.

2. Penyakit tido memang menular start dari Form 1 lagi. Mungkin sebab aku dan rakan-rakan lain banyak kena ragging tengah malam buta sampai 3,4 jam. Tapi yang pelik nyer, hari2 yang takde ragging pon sama jugak. Tido jugak. hehe

3. Sikap pemalas aku mula menjadi bila aku masuk sekolah asrama ni. Entah kenapa jadi camni, aku pon xtahu. Pemalas aku ni dalam study jer, buat benda2 jahat memang laju jer.Lebih2 lagi bila aku start masuk form 4. Ponteng kelas memang tak ada tp kerja rumah memang jarang aku wat sendiri, tiru orang jer pandai. Hehe.

4. Boros. Start form 4, aku mula kerap main game computer dan surf internet. So, secara automatik nyer perbelanjaan aku meningkat time tuh. Ramai member aku addict main computer game sampai ada yang sanggup fly tetiap hari main game smp tahap kije kat cyber cafe tuh siap. Kalau time form 1 dulu mak aku risau aku tak guna duit, time ni mak aku dah risau aku banyak sangat guna duit !

5. Motto aku dulu, peraturan sekolah dibuat memang untuk dipermainkan. Bukan setakat peraturan sekolah, undang-undang sejagat pon aku langgar gak. Kalau takat fly tuh, aku xde la dikatakan pakar atau kerap tapi aku fly sebab ada keperluan. Lepak cyber cafe main game bukan satu keperluan. Keperluan di sini adalah seperti pegi makan time lapar. Aku ada pegangan dulu, aku cakap kat mak aku awal-awal, aku mintak izin dia nak panjat pagar siap untuk gi makan, kira mintak restu la. Hasil nyer, aku tak pernah kantoi fly. Tapi aku pernah kantoi ngan warden pasal berjaga malam nak tengok Champion’s League, Bayern Munich VS Real Madrid time tuh. Terpaksa la aku lepak ngan Samchit (nama warden tuh) kira bintang kat tepi jalan.

3 subjek kegemaran aku dan kenapa?

1. Seni lukis – walaupon aku tak reti melukis, tapi sebab Cikgu Roslan tuh ajar best dan pelbagai dia punya silibus. Bukan setakat lukis jer, buat T-shirt pon ada gak. Lagi satu, subjek ni senang, tak payah nak perah otak sangat !

2. Matematik Asas – aku suka subjek ni pasal mudah dan Cikgu Ramli Sarip best giler dan pandai wat lawak tapi suka bagi harapan palsu. Contoh harapan palsu dia bagi, “Hari ni saya nak suruh awak semua buat 2 soalan jer, xbanyak….” Time tuh aku dah excited dah..lepas tuh dia sambung lagi..”bukak muka surat 68, sila buat soalan genap dan ganjil”. Kena la kitorang wat dalam 30 soalan kot time tuh…ceeeiiiisssttt !!

3. Agama Islam Form 4 – Ustaz Latib yang ngajar time tuh cikgu disiplin. So disebabkan dia cikgu disiplin, so selalu nyer dia memang takde masa nak masuk kelas. Kekadang tuh dia lupa dia ada kelas…hehe…

3 subjek paling aku benci dan kenapa?

1. Sejarah Form 3 – pasal Cikgu Sarip time tuh banyak salin nota direct dari buku dan tulis kat whiteboard. Kekadang tuh dia amik masa 20 minit semata-mata nak refill dakwat marker dia.

2. Matematik Tambahan – subjek ni secara umum nyer payah dan aku memang malas nak memerah otak memahami nyer. Orang yg paling paham subjek ni adalah Lada yang memang tido all the way dalam kelas. Mamat ni bangun tido time datang kelas, kuar rehat, balik sekolah dan time cikgu masuk or keluar kelas. Sebab kena bagi salam time cikgu masuk dan keluar, lepas tuh dia sambung tido balik. Cikgu pon xleh nak komplen pasal mamat ni memang score giler2 dalam exam kecuali sejarah. Deskmate Noktah Hitam.

3. Bahasa Mandarin – amatlah payah untuk dipelajari. Patut la laoshi aku cakap, orang Cina skang ni ramai yang leh cakap Cina, tapi nak menulis dan membaca haram xtahu. Lagi satu, sebenarnya ada pilihan bahasa Jepun, Arab, Mandarin dan Perancis. Aku nak amik Jepun pasal banyak aktiviti luar, mak aku soh amik Perancis pasal dia nak soh aku blaja kat oversea, kot2 dapat France nanti senang la nak cakap pasal dah ada basic & bapak aku soh amik Arab pasal dulu dia ada blaja Arab sket2..konon nyer nanti leh praktis ngan dia. Lepas penat bergaduh ngan diorang, aku amik bahasa Mandarin jer la, berkecuali la kiranya.

Yang menarik tentang aku

1. Aku patah tangan dua kali time sekolah menengah. Pertama kali, time aku first time main basketball. Kali kedua, time aku second time main basketball. Hehe, degil tak nak dengar nasihat doktor.

2. Aku baik giler ngan junior form 3 time form 5. Siap diorang anggap aku cam batch diorang lagi. Time aku amik result SPM dulu, diorang dah siapkan katil untuk aku tido.

3. Aku suka tolong orang. Tuh antara sebab aku masuk Persatuan Bulan Sabit Merah. Lagi satu sebab kerana PBSM tak banyak aktiviti pegi camping. Ada tuh ada, tapi tak sampai survival cam Kadet Remaja Sekolah.

4. Aku suka main basketball. Aku belajar main basketball daripada komik Slamdunk.

Aku sangat suka…

1. Seperti aeropama, aku sangat suka baca dan kumpul komik. Semua jenis komik termasuk la Slamdunk, Wira Sakti, Pedang Setiawan, Alam Perwira, Raja Rimba dan seterusnya. Favourite aku adalah Slamdunk dan Wira Sakti. Member aku pernah perleceh aku pasal suka Wira Sakti. Dia kata takde guna baca Wira Sakti sebab lukisan tak lawa. Favourite komik dia Pedang Setiawan, so dia dok bangga Pedang Setiawan ada movie tajuk Storm Riders (sure korang semua tahu punya). Tak lama lepas tuh, kuar cerita “A man called hero” yang asal nyer dari komik Wira Sakti. Tros member aku tak perleceh aku dah lepas tuh.hehe. Sampai skang aku suka komik !

2. Main game dan surf internet. Banyak benda aku blaja time2 ni. Aku aktif dalam MIRC, credit card fraud, buat HTML guna notepad (zaman dulu takde Dreamweaver lagi), power main Counter Strike dan giler buat character diablo.

Aku tak boleh hidup tanpa…

1. Udara !

Siapa yang aku telefon sebelum tidur

Aku dulu beli Nokia 3210 pasal aku kagum ngan function dictionary. Mahal woooo time tuh. RM1500 kot time aku beli masa tahun 2000. Masa mula-mula kuar dulu. Tuh digunakan untuk benda-benda penting sahaja dan selalu nyer mak aku call la tanya khabar dan digunakan sebagai tempat untuk ibu bapa call anak-anak. Untuk call orang, selalu nyer aku call guna public (curi line jer dulu) tapi aku takde la call sesapa sebelum aku tido. Takde girlfriend lagi pon zaman-zaman skolah dulu. :halo:

  • 1. Ramli Sarip papa rock tu ajar kau dulu ke life4hire? Kool! 😯
    2. Ko kene ragging dulu diorg wat ape ah? Oh basuh baju malam2 atau kena up? ➡
    3. Kijam siot letak budak tak berdosa tu dekat court tenis. Mesti esoknya kecohkan? ➡
    4. Ko ada banyak adik angkat ye? Abang Yaaaaammmm! Awwww 😮
    5. Wira Sakti memang buruk wei lukisan dia. Aku pun menyampah baca. Erk 😕 baru aku perasan. Budak asrama suka baca komik ye?

  • hahahah…aku dulu pon ade classmate..kuat gile tido. Tapi dpt lesen dr cikgu add math dan few cikgu yg lain utk tido sbb mamat ni mcm mane pon mesti score gile2…siot je

    wakjues last blog post..Dad’s old camera

  • aku suka
    1. wah, mcm sama jugak life aku, aku pun baca komik jugak, cuma aku suka wira naga kembar dengan wira sakti … skrg ni baca shin chan dengan one piece je.. ahahha..
    5 habit buruk disekolah?
    2. korang kena raging mcm mana ek?? dulu, walaupun aku x pernah la kena raging masa sekolah.. tapi masa aku form 5, batch aku la start balik mende2 raging ni.. tapi x kejam la, cth : makan telor mentah, ikat kat surau, pakai kasut gi suaru.. mcm tuh je la..ko kena mcm mana.. ada pukul2.??

    lochoes last blog post..Jom blogger, kita buat duit..!!

  • seronok juga terkenangkan masa memuda dulu kan. bagi aku masa muda dah lama aku tinggalkan mungkin sudah lupa eheh.

    megats last blog post..Punyai Nilai Sentimental, Kad Raya Mengeratkan Silaturrahim

  • nasib baik ko x amik bahasa french, kalaj xko surejd senior aku… Hahah

    Ko pbsm blajat cpr tak? Ak jenis cepat pengsan dpn ko nanti

    Wenkts last blog post..Ianya memang makanan Anjing. SO What?

  • uish..
    pcik dah patah tangan 2x kali ek?
    how come mcik xtau pun??

  • 😕 dah tua bangat kak jie ni..sampai dah lupa zaman2 dulu…ishhh..
    lagi2 kawan sekeliling blogger muda2

  • ehh…komen box ni boikot kak jie ke…tak keluar pun 😥

  • patah kaki sebab basketball ? biar betul
    kat court prep school ke eh ?
    hehe

    selamat hari raya aidilfitri 1429H
    maaf zahir batin….hohoho baliikkk kammppunggg. hehe 🙂

  • kehidupan bdk2 koleq, asal cm same, huh? ‘SELAMAT HARI RAYA’ 😆

    aisyahkamas last blog post..Leaving Bye : ‘Mat Pek’ version

  • Gosh, you’re one budak samseng in school eh? I think your April Fool’s joke is pretty cool!

    I don’t like Add Maths either but I love Sejarah. Hahaha I was in PBSM too. Remember your first aid or not? 🙂

    KittyCats last blog post..Presents to and from China

  • haha blaja basketball dr slam dunk? same aar~
    time sy skolah dlu, org men bball sure tau slam dunk, pastu try nak bwat cam hanamichi la.. rukawa la.. hikhik 😀

    Adilas last blog post..Pre Raya 2008

  • ayu

    mnarik,,=)

Links