Update : Mahathir quits Umno
filed in malaysia politics, my life on May.20, 2008
Baru jer lepas usha update2 terkini dalam blog rakan ngan online newspaper. Fuh..bukan main lagi beranak pinak citer pasal Che Det kuar Umno. Dari la paper Utusan Meloya sampai la ke Harian Metro. Semua dok citer pasal Che Det kuar Umo.
Berbalik pada posting sblm ni, aku ada cakap Che Det kuar sesorang ke? Kak Mah xikut skali? Ruper nyer Che Det dah jawab persoalan aku kat blog dia ni haaaaaa….ni ayat permulaan post kt blog dia.
Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.
Alhamdulillah, setia btol Kak Mah pada Che Det. Untung Che Det ada bini camni..serius…aku tabik spring punya Kak Mah ni..Korang pi usha blog Che Det utk full statement
Alang2 menulis ni, meh kita tengok apa reaksi pemimpin2 lain dalam arena politik negara.
Husam Musa
Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa menggesa pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum berikutan kemelut besar yang dihadapi Barisan Nasional. Baca lagi kat Harakah
Anwar Ibrahim
Maka lengkaplah sudah urutan Presiden Umno yang meninggalkan parti dari era Dato’ Onn Jaafar hingga Tun Dr. Mahathir. Alasan terkini adalah demi bangsa Melayu, tetapi jika PM Abdullah berundur, beliau akan menyertai Umno semula. Baca lagi kat sini.
Tok Guru Nik Aziz
Mahathir seorang yang bijak, sayangnya dia tidak menggunakan kebijaksanaannya untuk menegakkan Islam. Saya orang paling gembira apabila Mahathir keluar Umno. Ini akan membuatkan orang yang baru merancang nak masuk Umno, berfikir 2 kali. Mahathir seorang yang bijak dan terkenal di seluruh dunia. Tentulah saya gembira jika dia bersama-sama mencegah kemungkaran yang dibawa oleh Umno. Baca lagi kat BulanPenuh2012
Mukhriz Mahathir
“Sekarang ini saya sedang berfikir,” katanya.Beliau juga memberitahu telah dihujani oleh panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakannya seluruh negara.Baca lagi kat sini.
Pak Lah
Kita perlu menjadi ahli UMNO yang taat setia kepada parti dengan memastikan parti kita terus menjadi parti yang kuat dan mampu meneruskan perjuangan seperti mana yang telah diasaskan sejak dahulu lagi. Apa yang penting dalam hal ini, kalau itulah keputusannya, ahli UMNO perlu bertenang.Saya sendiri sejak dahulu sampai sekarang tidak pernah keluar UMNO. Saya akan teruskan perjuangan UMNO dan akan tetap setia kepada UMNO. Kenapa saya perlu meletak jawatan? Saya ada tugas yang perlu dilaksanakan, saya akan meneruskan tugas-tugas saya. Same shit different day kat Utusan Meloya.
Najib Tun Razak
Saya berasa terkejut dan sedih kerana Tun Mahathir begitu banyak berjasa dan sumbangannya kepada parti dan negara sungguh tidak ternilai.Saya telah berjumpa dengan Dr. Mahathir sebelum ini dan saya sendiri sanggup berjumpa beliau sekali lagi untuk berbincang mengenai tindakan terbarunya ini.UMNO adalah parti keramat orang Melayu dan menjadi tonggak kepada perjuangan bangsa Melayu sejak sekian lama dan pada masa akan datang. Keramat kepala otak ko. Bunyi cam kubur la Umno ni haaaaaaa
Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang hanya mahu kembali ke dalam UMNO selepas Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai tidak bertanggungjawab. Ni pon Utusan Meloya gak
Banyak2 komen ni..aku paling suka si Hishammuddin nyer komen.Dia kata Che Det xbertanggungjawab kuar dr Umno. Sama la cam dia dok kata ayah ngan atuk dia pon tak bertanggungjawab. Aiyaaaa…ini la org Melayu dok kata. Ludah ke langit, jatuh atas muka sendiri. Aku malas nak citer panjang..korang baca sendiri kat Kuda Ranggi
Untuk mengakhiri post aku kali ni..aku bagi lagu yang aku dok nyanyi hampir setiap hari kat sekolah dulu. Lagu ni la yang membuatkan semangat dalam diri aku berkobar utk berjuang demi tanahair tercinta. Aku ada jumpa banyak version tapi ni la yang plg dekat dengan version aku nyanyi dulu2, tapi lirik dia lain sket. Ada la part dia nyanyi “maha perkasa”. Ni bunyi cam zaman Che Det dulu jer diorang nyanyi ni…hehe…



This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.